Monday, December 24, 2018

☘️ 2018 ☘️

Bismillahirrahmannirahim

Dalam tidak sedar..Dalam kesibukkan menjalani kehidupan..masa dan hari semakin berada di penamat..Tahun 2018 akan melabuhkan tirai..Perkhidmatan 2018 akan tamat tidak lama lagi..
Wahhh..2018..Its amazing year untuk diri aku..2018 mengajar diri aku banyak perkara..Mengajar diri aku banyak benda..Dan mengubah diri aku tanpa aku sedar..
2018..Terima Kasih untuk semua kenangan indah..Terima Kasih untuk semua kenangan air mata..2018..Kenangan yang indah pasti aku sematkan dalam hati serta ingatan..Kenangan indah akan sentiasa aku ingat dengan penuh senyuman..
2018..Untuk cerita yang tidak baik..Aku simpan kelukaan serta dipahatkan dengan parut yang tak mungkin akan hilang..Segala kesedihan tersimpan rapi sehingga aku menutup mata..Aku tak mampu melupakan..Serta takkan aku lupakan..2018..Terima kasih untuk segala pengajaran..Terima Kasih untuk segala kasih sayang..Terima Kasih untuk segala perubahan..Yang baik akan aku teruskan sehingga akhirnya..Yang buruk akan aku buang sejauhnya..
Untuk pengakhiran 2018..Aku bersyukur pada Allah untuk segalanya..Alhamdulilah untuk segala yang baik..Alhamdulilah untuk segala ujian yang akhirnya membuatkan aku teguh berdiri hingga saat ini..Setiap ujian yang Allah turunkan kerna Allah sayang hambanya..Dan Allah takkan uji hambanya tanpa kemampuan hambanya..Alhamdulilah..Syukur..Terima Kasih Allah..
Untuk mak serta abah..Terima Kasih untuk segalanya..Di saat anakmu jatuh, mak serta abah sentiasa ada di sisi dan doa dari mak serta abah penguat anakmu selamanya..Jasa & pengorbanan mak & abah tak dapat aku balas..Aku akan cuba berikan yang terbaik buat mak & abah..Kepada adik2 tersayang..You always be my love forever..Ayong sayang korang selamanya..
Kawan-kawan yang tersayang..Jutaan Terima Kasih untuk segala kenangan..Segala bantuan..Segala semangat..Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian..Moga ukhuwah nie setia selamanya..
Teristimewa..Yang tersayang..Terima Kasih Allah..hadirkan dia dalam hidup aku..Yang tersayang..Terima Kasih sudi hadir dalam hidup aku..Terima Kasih untuk segala yang kau buat untuk aku..Terima Kasih untuk segala kesabaran kau pada aku..Terima Kasih sentiasa buat aku bahagia..Terima kasih atas usaha untuk membuatkan aku percaya semula tentang bahagia..Hanya kau dan aku tahu kisah kita..Semoga Allah permudahkan jalan bagi kita..Mudah-mudahan kau yang terakhir untuk aku..πŸŒΉπŸ’™
Untuk mereka-mereka yang penting dan aku sayang..Terima Kasih untuk kasih sayang kamu pada aku..Terima Kasih jadi cerita hidup aku untuk 2018..Semoga kasih sayang kamu sentiasa ada untuk aku pada 2019 dan selamanya..
Kasih sayang aku pada kamu semua..Doa aku untuk kamu semua sentiasa ada..Aku sayang kamu semuanya πŸ’•
Thankyou 2018 😘😘😘I’m ready for 2019 😊




-⛄️CikQue⛄️-

Monday, December 17, 2018

☘️ Tiada KEDUA Kali ☘️

Bismillahirrahmannirahim
Bukan tak memaafkan..bukan berdendam..Cuma luka yang ada tak mudah untuk dipulihkan..Luka yang ada tak mudah untuk disembuhkan..Hati yang luka tak mudah dirawat..Segala luka akan ada parut yang kekal..
Dulu..Kau berjanji yang terbaik untuk aku..Dulu..Kau sehabis daya membuat aku bahagia..Dulu..Kau berkata hanya aku di hati kau..Dulu..Kau dengan segala usaha meyakinkan aku semua kasih sayang hanya untuk aku..
Segala cara kau buat untuk dapatkan hati aku..Dan dengan penuh yakin aku percaya dan serahkan segala hati aku pada kau..
Aku terbuai dengan setiap kasih sayang kau..Aku terbuai dengan rasa cinta kau..Sehingga tak ada sedikit keraguan dalam hati aku pada diri kau..
Benar kata orang tua ‘ Manusia yang terlampau sayang manusia akhirnya hubungannya akan hancur’
Aku lupa Allah pemegang setiap hati manusia..Kau hancurkan segalanya..Kau remukkan hati aku sehingga aku sendiri tak mampu perbaiki hati aku..Kau buang aku dari hidup kau macam sampah..Sekelip mata aku tiada nilai dalam hidup kau..
Maruah aku..Kau pijak..Hati aku..Kau hancur seribu..Aku..Terjatuh..Tersungkur..
Jiwa aku kelam..Hidup aku gelap..Emosi aku berkecamuk..Hilang arah..Hilang tujuan..Kau punca semuanya..Tergamaknya kau..KEJAM
Aku bangkit..Cuba bangkit..Perbaiki diri yang tak sempurna..Mencuba menjadi lebih baik bukan mencari yang sempurna..Aku kembali pada yang ESA..Mencari ketenangan pada DIA..Menceritakan segalanya pada DIA..
Tiba satu masa kau kembali bagai tiada apa yang terjadi..Kau kembali bagaikan kau tak pernah melukai..Teguran pertama kau setelah kau pergi bagaikan tiada apa yang terjadi..Hati aku terusik..Jiwa aku bergolak..
Untuk apa kau kembali? Untuk kau permain kedua kalinya? Untuk kau hancurkan segalanya kali kedua?
Kau pilih dia..Kau tinggalkan segalanya tentang kita untuk dia..Kau buang segalanya tentang kita demi dia..Bukan aku tak cuba..Bukan aku tak pertahankan..Kau pilih dia..Jadi pergilah..Walau ada kasih sayang untuk kau..Biar aku simpan sampai aku menutup mata..
Terima kau kali kedua? Tiada dalam rencana aku..Maafkan aku..Jalani hidup kau dengan dia...Biarkan aku dengan hidup aku yang bahagia..






-⛄️CikQue⛄️-

☘️ Teringat ☘️

Bismillahirrahmannirahim
Bila duduk sorang2..pasti teringat...pasti terfikir..Even diri dah berkata..Even hati dah berbicara..You made it..You already move on.. You will be thinking again when the times come..
Teringat tak bermakna diri tak boleh move on..

Teringat tak bermakna diri rindu..
Teringat tak bermakna diri nak kembali..
Kenangan pasti ade..
Kenangan pasti menjelma di minda..
Dengan teringat kau boleh flashback semula segala kenangan pahit manis antara kau dengan dia..Dengan teringat kau akan nampak segala kebaikkan dan keburukkan dalam perhubungan kau dengan dia..Dengan teringat kau akan mula berfikir segala sebab kenapa sesuatu terjadi dalam perhubungan kau dengan dia..Dengan teringat kau mungkin akan nampak dan sedar hikmah yang terjadi di antara kau dengan dia...Dengan teringat kau akan berfikir dan nampak sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kau..Hikmah dan kebaikkan..Segalanya yang terjadi pasti ade sebab dan hikmah..
Lumrah dalam kehidupan kita pasti akan teringat tentang apa yang pernah berlaku dalam kehidupan kita..Cuma jangan terlalu asyik dengan apa yang kau teringat..Sebab ianya dah pun terjadi..Sebab ianya dah pun berlalu..
Dengan teringat nie jadikan ianya penguat..Dengan teringat jadikan ianya semangat untuk kau buat kehidupan kau lebih baik..Dengan teringat kau bangun dan hargai untuk setiap perkara yang baik dan manis yang datang dalam kehidupan kau..Dengan teringat kau amik segala pahit sebagai pengajaran untuk kau lebih berhati2 dan berwaspada..
Kehidupan perlu diteruskan..Kutip dan simpan segala yang berlaku dalam kehidupan dan simpan serta jadikan satu cerita yang hebat untuk diri kau..






-⛄️CikQue⛄️-

Monday, November 19, 2018

☘️ Dahulu ☘️

Bismillahirrahmannirahim
Aku pernah meletakkan seseorang sangat tinggi dalam hidup aku..Aku pernah sayang seseorang melebihi sayang aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku pernah meletakkan cinta aku pada seseorang melebihi cinta aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku pernah menghambakan hati aku pada seseorang melebihi hamba aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku hampir memberikan kesemua hidup aku pada seseorang melebihi hidup aku pada DIA dan juga keluargaku..Pernah hidup aku..Hati aku..Sayang aku..Cinta aku dan kesemua milik aku..Aku serahkan pada seseorang..Sehingga aku lupa pada DIA dan juga keluargaku..Sehingga tiada satu pun yang tinggal untuk diri aku..
DIA Maha Berkuasa..DIA Maha Penyanyang..
Setelah hampir 5 tahun aku dihanyutkan..Dibuai dengan perasaan dan cerita cinta yang indah..Dan akhirnya..Di saat impian hampir menjadi kenyataan..DIA hadirkan aku dengan sesuatu yang tak pernah aku terfikir..Yang tak pernah aku duga..DIA tamatkan kisah cinta indah aku dengan cara yang paling aku tak sangka..
Setelah hampir 5 tahun..Dan akhirnya DIA mendengar doa aku..Dimana aku tak pernah terfikir..Tak pernah sangka Dia makbulkan doa aku setelah sekian lama.. 
Begitu agungnya seseorang itu dalam hidup aku..Begitu besarnya kasih sayang serta cinta aku pada seseorang itu sehingga aku sentiasa berdoa pada DIA..
"Ya ALLAH..Jika dia adalah jodoh yang ditakdirkan untuk aku..Jika dia yang terbaik untuk aku..Engkau permudahkanla segala urusan..Engkau permudahkanla jalan bagi kami untu kami menghalalkan perhubungan kami..Engkau peliharalah perhubungan kami sehingga ke Jannatul FirdausMU..Engkau tetap dan utuhkanla perasaan kami di antara satu sama lain.." 
“ Ya Allah..Jika dia bukan jodoh aku..Engkau jauhkan kami dengan cara yang paling baik..Engkau jauhkan kami dengan cara bukan aku yang menyakiti dia..Sesungguhnya Ya Allah..Aku tak sanggup untuk melihat dia disakiti dan kecewa..Amin"
DIA Maha Mendengar..Dia Maha Memakbulkan..DIA makbulkan doa hambanya..Di saat diri ini tak bersedia..  Di ketika itu aku terjatuh ke dalam jurang yang sangat dalam..Sehingga aku tak dapat melihat jalan  keluar..Aku dibuang seperti sampah..Keluarga aku diluka tanpa tahu ape sebabnya..Oleh seseorang yang aku agungkan..πŸ’”
Hilang arah hidup..
Hilang segalnya..
Hancur segalanya..
Di saat itu aku mula sedar..
Hati manusia DIA yang pegang..
Di saat itu aku mula sedar..
Manusia takkan sentiasa ada nilai di mata manusia selain di mata DIA..
Suatu saat nilai manusia akan hilang dan tiada harga di mata manusia..

Di saat itu aku mula sedar..
Segala kegembiraan dan keindahan di aats muka bumi ini dan dalam kehidupan kita hanya sekadar pinjaman untuk kita daripada DIA..
Tiada yang KEKAL melainkan DIA yang KEKAL..
Sekelip mata kegembiraan dan keindahan yang kita ada akan ditarik balik tanpa kita sedar..

Di saat itu aku mula sedar..
Jangan mencintai manusia melebihi cinta kita pada DIA..
Kelukaan ini akan aku simpan..Akan aku ingat sampai aku menutup mata..Tiada niat menyimpan dendam..Sehingga ke saat ini tiada rasa marah dalam hati untuk untuk seseorang itu..Aku manusia biasa..Yang ada cuma kekecewaan dan kelukaan yang diri dan hati ini tidak dapat tanggung sehingga ke saat ini..Kelukaan dan kekecewaan yang akan tersemat dalam ingatan sehingga hujung nyawa..
Terima Kasih Allah kerana masih menyanyangi aku..Kehilangan ini adalah bukti kasih sayang MU pada hambaMU..
Untuk seseorang itu doa masih ada untuk kamu..Terima kasih untuk pengajaran yang tak ternilai ini..Semoga suatu hari nanti ada kesedaran dalam hati dan diri kamu tentang cerita kita..Tentang kemaafan untuk kamu masih tidak dapat aku berikan kerana masih ada kelukaan dalam hati keluarga aku..Dalam hati orang tua aku tentang apa yang kamu lakukan..Maafkan aku kerana tiada kemaafan untuk kamu.. 
-⛄️CikQue⛄️-

Wednesday, November 7, 2018

☘️ Takdir ☘️


 Bismillahirrahmannirahim

Dalam kehidupan kita memang dah tertulis takdir masing-masing..Dan takdir kita telah ditetapkan oleh Allah sejak kita bermula dari seketul daging sehingga sempurna menjadi manusia takdir kita memang sudah ditetapkan..
Kita kena jalani hidup kita yang dah disusun sangat indah dari Allah dengan penuh warna warni untuk mencantikkan lagi kehidupan kita..So..warna-warna yang kita warnakan  inilah yang akan tentukan setiap apa yang kta pilih dan lakarkan setiap kejadian dalam hidup kita...Warna-warna ini adalah keputusan dan tindak tanduk kita dalam kehidupan kita..
Dan untuk itu..kadang-kadang ada manusia yang menyalah gunakan perkataan takdir untuk setiap kesalahan yang dia lakukan..Ayat nie boleh timbulkan salah faham sebenarnya jika tak dimengerti dan difahami dengan baik..Setiap apa yang jadi dalam hidup kita semuanya dah diatur..Percaturan yang indah dan setiap kehidupan akan ada pilihan..sama ada baik atau buruk..
Kita manusia kena bijak untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan dalam hidup kita yang akhirnya kita akan lalui akibat dari keputusan kita sehingga kita menutup mata..Dan dari situ wujudnya takdir..Di mana boleh menjadi baik or tidak baik.. 
Sebagai contoh..contoh yang paling senang is relationship..Yang sering jadi dalam hidup manusia..If relationship yang kita bakal pilih nanti akan melukakan hati seseorang..menghancurkan hidup seseorang..Kenapa kita masih nak teruskan? Kita diberi pilihan teruskan or hentikan..
Di sini manusia kalah dengan permainan hati..Akal fikiran kalah dengan permintaan hati..If kita pilih untuk teruskan that relationship akan  bermula takdir kehidupan kita yang agak sedikit comot..Di mana..Tak semua manusia faham dengan keputusan kita..Tak semua manusia setuju dengan keputusan kita..Akan ada suara-suara yang negatif..Ada juga yang memahami dan menyokong dengan keputusan kita..
Dari keputusan ini kehidupan kita akan di uji..Dan disebabkan keputusan ini ada manusia yang mempermainkn perkataan ‘ Takdir’.. “ Dah takdir aku Allah temukan aku dengan dia..aku redha” Ya betul..Takdir yang membawa kita ke jalan itu..Tapi jangan sepenuhnya menyalahkan takdir andai kita boleh membuat pilihan yang sebaiknya or sebaliknya..
Kita ada akal yang waras untuk kita berfikir setiap kebaikkan dan keburukkan dalam setiap keputusan kita..If pilihan kita untuk tamatkan perhubungan itu..Takdir kita akan berbeza..kita akan dilayani dengan kekecewaan and kesedihan..Takdir kita mungkin tak seindah yang lain..Dan takdir akan menemukan kita dengan seseorang yang lain..Faham kan..
Dekat sini cuma nak beritahu..Jangan salah ertikan Takdir..Setiap apa yang datang dalam kehidupan kita..Kita akan sentiasa ade penyelesaian dan pilihan..Pilihan dan penyelesaian kita itulah yang akan tentukan takdir hidup kita..Sama ada hitam atau putih..
Jangan lupa..Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita pasti ade Hikmahnya..Ikhlaskan hati..Redha dengan semuanya..InsyaaAllah..ketenangan milik kita..Jika kita membuat kesilapan mohon keampunan dari Allah..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang..Jika kita membuat kesilapan sesama manusia..Segera memohon maaf pada manusia..
Jika kehidupan kita sentiasa ingat pada Allah..insyaAllah akan ada kebahagian dalam hidup kita..Allah tidak pernah lupa pada hambanya..Takdir kita memang telah ditetapkan sejak azali..Pilihan kita yang mencorakkan hidup kita..Whether is baik dan buruk..Pilihan kita yang menentukan sama ada perjalanan hidup kita berada di landasan yg lurus ke arah takdir kita or membawa kita ke landasan yang penuh halangan untuk sampai ke takdir kita..




- Cik Que -

Monday, October 22, 2018

☘️ Three Reasons ☘️


 Bismillahirrahmannirahim

3 sebab kehadiran seseorang dalam kehidupan
Kadang-kadang kita menerima kasih sayang dari tempat-tempat yang paling tak diduga dan tak dijangka.Aku pernah terbaca sesuatu tentang lingkaran cinta. kita selalu memberi cintakan kepada orang-orang tertentu dan cinta itu kembali kepada kita walaupun tidak melalui orang yang sama. Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita menerima cinta dari orang tetapi mereka tidak semestinya orang yang kita perlu memberi cinta kembali.
Seseorang yang hadir dalam hidup kita adalah untuk 3 perkara :-
Ianya sebagai satu musim..ianya sebagai satu alasan & ianya hadir untuk seumur hidup
Apabila kita memahami mana yang antara sebab kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita akan dapat terima sesuatu dengan penuh ikhlas dan redha.
Sesetengah orang datang ke dalam hidup kita untuk satu musim.
Yang menarik, memikatnya, yang luar biasa tetapi musim itu perlu diteruskan.
Musim itu mempunyai fasa seterusnya.
Musim itu mempunyai titik akhir.
Sesetengah orang tak peduli tentang kita bila kita bersendirian.
Mereka akan peduli bila mereka yang bersendirian.
Sesetengah orang datang  dalam hidup kita untuk menjadi sebuah alasan.
Untuk membantu kita belajar, untuk membantu kita bangun disaat jatuh, untuk membantu dan menyokong kita melalui saat yang paling sukar dalam kehidupan. Jangan lupa orang yang berada di samping kita apabila tiada orang lain. Apabila mereka mempunyai alasan untuk tidak berada disamping kita. Apabila mereka boleh menggunakan apa-apa alasan untuk tidak berada dalam hidup kita, mereka memilih untuk berada di sebelah kita. Mereka mungkin berada di sana untuk membantu kita secara fizikal,secara emosi dan rohani.
Mereka juga rasa apa yang kita rasa di ketika itu. Walhal mereka boleh saja tidak mempedulikan apa yang mereka rasa untuk kita ketika itu.
Dan kemudian kita mempunyai kawan yang ada untuk seumur hidup. 
Mereka adalah kadang tersembunyi di retak.
Mereka kadang-kadang tidak dikenali tetapi mereka berdiri di sana oleh pihak kita.
Ini adalah orang yang sering kita terlupa.Ini adalah orang yang sering kita terlepas.Ini adalah orang-orang yang sibuk mengasihi kita walaupun kita tidak memberi apa-apa kepada mereka.
Tanya sendiri, siapa dalam hidup kita telah memainkan peranan-peranan di atas? 
Siapa dalam hidup kita yang telah berada bersama untuk sepanjang hayat?
Macam mana kita nak tunjuk kepada mereka bahawa mereka penting dalam hidup kita?
Macam mana cara untuk kita memberitahu bahawa yang kita sayangkan mereka?  
Macam mana kita beritahu yang kita peduli tentang mereka?
Tanya diri kita siapa orang setia dengan kita di saat yang paling sukar?  
Yang telah ada untuk kita apabila tiada orang lain?
Beritahu mereka. 
Pastikan mereka tahu yang kita sangat menghargai mereka dalam kehidupan kita.
Often we feel we are more about people than care for us.We're just looking at the wrong people.

- Cik Que -

Thursday, September 13, 2018

☘️ Pencarian ☘️


Bismillahirrahmannirahim

Hati ini berat untuk mengatakan..
Tapi diri ini tak mampu untuk meneruskan..
Perjuangan yang tiada kesudahan..

Kadang-kadang terasa ingin meneruskan kerana masih ada perasaan..
Kadang-Kadang terasa ingin menamatkan kerana rasa tiada pengakhiran..

Hati berbelah bagi..Minda langsung tak berfungsi..
Di ketika ini diri hanya melangkah dengan apa yang diberi..
Diri menghayunkan kaki yang tidak seiringan dengan hati dan juga persepsi..

Masih lagi tidak pasti..untuk meneruskan atau menamatkan..
kerana hati masih mengharapkan..
sebuah pengharapan yang tiada kepastian..
tiada kesudahan..

Pada DIA diri ini melepaskan..
pada DIA diri ini meluahkan..pada DIA diri berserah..
semoga bertemu jawapan..semoga bertemu pencarian..





- Cik Que -

Tuesday, August 28, 2018

☘️ Sad Its Okay ☘️


Bismillahirrahmannirrahim

Sedih adalah perasaan yang datang dari hati..
Allah yang kurniakan..Sedih itu kita tak boleh nak marah..
Nabi pun pernah bersedih dengan kematian Uthman bin Maz’un sahabat nabi..
Nabi melarang kita meracau dan berlebih-lebihan..
sebab itu kita ada had,tempoh bersedih & kita teruskan kehidupan..kena strong..
jadi seorang yang kuat..Apabila kita tengok musibah ini sebernanya untuk mengampunkan dosa-dosa kita..
Bila kita ditimpa musibah Allah sedang ampunkan dosa-dosa kita..
Be positive..kita kena redha & Allah mengampunkan dosa-dosa kita..
Allah sayangkan seseorang itu..Allah uji seseorang itu berdasarkan kemampuan seseorang itu..
Allah tidak akan membiarkan..Allah nak tunjuk sayang pada seseorang dia berikan kesenangan..kita lupa..
jadi..boleh jadi..dengan musibah tekanan untuk paksa kita ingat pada Allah..mungkin maksudnya..siapa yang redha dia berjaya..siapa tak redha..dia tak berjaya..
Allah uji sebab sayang kita..
Alhamdulilah...






- Cik Que -

❤️ 27 August 2018 ❤️


Bismillahirrahmannirrahim

Malam sedang berlalu..
Ditemani bintang terang sinarnya..
Berkawan dengan sang bulan..

Diri masih di sini..
Menanti dia yang tidak pasti..
Hati masih lagi di sini..
Masih setia menanti..

Puas sudah menghalang diri..
Puas sudah cuba melupakan..
Tapi ia tetap di ingatan..
Membuatkan hati terasa lelah..

Diri ini berserah pada yang Esa
Semoga segalanya sempurna..
Semoga ada sinar bahagia
Untuk diri ini yang mungkin tidak akan lama..
Selamanya ada untuk kamu semua..

Untuk si dia yang masih di hati
Doa sentiasa mengiringi..
Hati masih kamu miliki
Jika hati kamu kembali
Diri ini sedia di sini
Menanti kamu yang dicintai


- Cik Que -

Friday, August 10, 2018

🌹 DIA 🌹


Bismillahirrahmannirrahim

Senyuman itu..
Wajah itu..
Susuk tubuh itu..
Gelak tawa itu..
Suara itu

Sangat sesuai dengan orang dia..
Sangat padan dengan namanya..

Ciptaan Allah yang sangat indah ❤️

Moga dilindungi..
Moga diberi kesihatan yang sempurna..
Moga sentiasa ada senyuman di wajahnya..
Moga dipermudahkan segala urusannya..

Doa saya sentiasa mengiringi kamu dari jauh...

🌹 Nothing Gonna Change My Love For You πŸŒΉ



- Cik Que -

Friday, August 3, 2018

☘️ Think & Decision ☘️

Bismillahhirrahmannirrahim


I got mind full of unsaid thing

Fikiran sedang menjalankan tugas  disaat tubuh ingin melabuhkan kepenatan yang dipikul..Diiringi dengan irama lagu yang menggambarkan perasaan di saat ini..

Ketika ini..hati & minda tidak seiringan..Membuatkan diri ini merasakan kepenatan..Berbagai persoalan sehingga tidak bertemu jawapan..Begitu banyak kekeliruan sehingga tersimpul mati & tak dapat dirungkaikan..Beribu ketidakpastian sehingga mewujudkan ketakutan..

Keputusan? Tak semudah yang digambarkan..tak semudah yang disangkakan..Keputusan? Buruk @ Baik? Menjadi persoalan..

Jika dibiarkan mungkin memudaratkan..Jika dibiarkan mungkin akan mengecewakan  di pengakhiran..jika dibiarkan mungkin akan ada kebencian di penghujungnya..

Jika berjaga-jaga mugkin akan ada kebaikkan..Jika berwaspada mungkin terbinanya sempadan..mungkin akan ada perpisahan..mungkin hilan keserasian..mungkin juga hilang kebahagiaan..

Di saat diri ini harus membuat keputusan..memerlukan sekeping hati yang kuat..sama ada pengakhiran yang sempurna atau pengakhiran yang derita..

Masa semakin hampir..hati semakin resah..minda semakin rancak..

- Cik Que -

Wednesday, August 1, 2018

☘️ Persoalan & Jawapan ☘️


Bismillahirrahmannirrahim

A : You betul2 sayangkan dia and you betul2 cintakan dia sampaikan you sanggup lepaskan and undurkan diri semata2 nak tengok dia bahagia with that person right ? You salahkan diri you sendiri sebab tak cuba nak pertahankan your relationship? you hurt yourself more!

ME : ☺️πŸ˜”

Rasanya semua orang tahu apa jawapan aku..Definitely yess..of course..until now my heart, my feeling tak berubah..still sama macam 5 tahun yang lalu..actually aku rasa makin kuat rasa nie pada dia..makin aku cuba melupakan..makin kuat dia melekat di ingatan aku..makin aku cuba buang perasaan nie pada dia..makin kuat rasa kasih,sayang and cinta nie pada dia..so it make me feel more tired! 

And thats why aku cakap soal hati & perasaan aku pada dia..aku serahkan segalanya pada Allah..aku berdoa yang terbaik untuk diri dia dan juga diri aku..Aku takkan pernah berhenti berdoa dan aku jugak akan teruskan my life macam biasa..

Aku tak pernah terfikir yang akan ada someone tanya soalan nie..dan aku tak pernah terfikir ade someone notice what i do actually..

Even though
it didn't work out
you still made me
grow as a person

I learned things
I would never
have learned 
without you

and If I could do it again
knowing that the ending
will be the same,
I would gladly
make the same choice
with no regrets.



- Cik Que -

Tuesday, July 24, 2018

🌹Ketika Ini🌹


Bismillahirrahmannirahim

“ Allah hantarkan dia untuk aku jadi lebih baik dari sekarang..ye..aku redha “
Sebaris ayat yang mengetuk pintu hati dan akal fikiran..

In my life “ Dan Allah tarik dan hilangkan dia dari hidup aku untuk aku jadi lebih baik dari sebelumnya..ye..Aku harus redha “

Redha? Perkataan yang cukup simple tapi belum tentu orang dapat menerima & melakukannya..

Aku manusia yang lemah & hina..dan aku sendiri masih berusaha untuk redha & ikhlas kan hati untuk setiap ketentuan dan ketetapan  dari Allah..setiap ujian dari Allah untuk hambanya kerana Allah sayangkan hambanya..

Aku bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah pada aku..Alhamdulilah..dikelilingi dengan orang yang sayang aku..& aku jugak sayang mereka..sungguh..family..kawan2..mereka adalah kurniaan indah & berharga yang sering aku terlepas pandang..Ampunkan aku yg Allah..πŸ˜”

Ajal maut jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah...tak semua perkara kite akan dapat..tak semua perkara akan kekal dengan kite..hanya satu MATI itu pasti..

Soal hati dan perasaan owg pd awak..owg serahkan segalanya pd Allah..dan owg sentiasa mendoakan yang terbaik utk awak..awk jugk adalah pinjaman dan kurniaan dari Allah yg terindah serta terbaik untuk owg..πŸ’• 

Dalam kehidupan hargai semuanya..bersyukur pd Allah utk segala nikmat yg diberi..


Untuk semua yang kenal diri ini..mohon maaf untuk semua salah silap..terima kasih kerana sentiasa ade di sisi diri ini..terima kasih sebab sudi menerima diri ini..diri ini sayang dengan semua..sungguh..❤️

- Cik Que -

Sunday, July 22, 2018

πŸ–Š MyMind πŸ–Š


Bismilahirrahmannirrahim


Yang pergi tetap pergi..
Sekuat ape pon kau mengunci hati..

Kebahagian dia tanpa aku..
Kesakitan aku kerana dia..
Kasih sayang dia tanpa aku..
Kesedihan aku kerana dia..

Semakin aku cuba..semakin tak berjaya aku rasakan..
Semakin aku lupakan..semakin kuat ianya di ingatan..

Semakin aku cuba mencari kekuatan..semakin lemah dan rapuh hatiku rasakan..
Semakin cuba aku leraikan kekusutan..semakin aku cuba tamatkan kekeliruan..semakin teguh..semakin kuat perasaan terbit dalam hati..membuatkan semakin kusut dan keliru aku rasakan..

Sampai bila? Kenapa? Ape pengakhirannya? Apa akan ada penamatnya? 


- Cik Que -

Thursday, July 19, 2018

☘️ YOU & ONE DAY ☘️


Bismillahirrahmannirahim


You once made me feel heaven..
Care for me like nobody did..
But...
In second broke me down..
Empty soul..fake smile..hidden tears..
My life has been revolving around..

One person comes into our lives..changes things which seems to be be permenant,let us go through some kind of pains which we have never been through..but..always remember time heals everything..whether its about pain..or anything else..believe in yourself..and one day..you’ll turn back and just laugh at it thinking that you were so damn stupid 🌹

- Cik Que -

Monday, July 16, 2018

❤️ Heart ❤️


Bismillahirrahmannirrahim


Aku tak peduli
Walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh
Mencintakanmu

Aku tak peduli
Walaupun berulang kali
Hati ini takkan mungkin
Membencimu

Sampai saat ini aku
Tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati

Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Betapa dekatnya dirimu
Dihatiku

Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hatiku tetap berkata
Mencintaimu

Ku cuba fahami
Mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan

Aku tak peduli

Tajuk lagu ‘Semakin’ by Siti Sarah..tepat untuk menggambarkan apa yang owg rasa sekarang ni dekat awak..sampai bila perasaan ni owg sendiri takda jawapan untuk soalan tu..segalanya owg serah pada Allah..

- Cik Que -

Tuesday, July 3, 2018

πŸ§•πŸ» F.R.I.E.N.D.S πŸ§•πŸ»


Bismillahirrahmanirrahim


Colour may fade, the sun may not shine, heartbeats may stop, lives may pass, but our FRIENDSHIP, I'll treasure till the day my heart stop.

One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understand.

Friendship is one of the most beautiful thing on Earth, we need friends to share our thought, share our happiness and sadness in life.

Friendship isn't about whom you have known the longest..Its about who came, and never left your side...

A friend is someone who gives you total Freedom to be Yourself..






- Cik Que -

🌹 19 Syawal 🌹


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamsulilah..selesai sudah portluck dekat office sis..First time masak kuah kacang untuk orang makan..sis tak makan kuah kacang 😬


Alhamdulilah menjadi πŸ’•









- Cik Que -

Monday, July 2, 2018

ONE OF BEST MEMORIES


Bismillahirrahmanirrahim


The day of yesterday will be one of my best memories that I will keep in my memories until my last breath..

Thank You so much to you and your family 😊


You Are The Reasons - Calum Scott


- Cik Que -

Thursday, June 28, 2018

NUKILAN HATI

Dear Lelaki,

Curi Hati Dia,
Bukan Maruah Dia,

Jaga Kehormatan Dia,
Bukan Kotorkan Dia Dengan DOSA,

Ceriakan Perasaan Dia,
Bukan Sakitkan Hato Dia,

CINTAI DIA,
BUKAN CURANGI DIA

Dari,
Perempuan yang mencintaimu.




- Cik Que -

Monday, June 25, 2018

SELAMAT HARI RAYA ADIDILFITRI


Ikhlas Dari : Tun Nur'Ain Syafiqah Q'Syairah



- Cik Que -

Thursday, June 7, 2018

Under Maintenance


Bismillahirrahmanirrahim


πŸ’“ Assalammualaikum..i'm back after a long holiday..haha..tkadela..kite ade hal yang kena uruskan..so sis nk inform yang buat sementara waktu nie sis tk dapat nak continue journal sis nie sebab sis nak kena uruskan sis punya personal things.

πŸ’“ Actually sis baru pindah rumah and now sekarang sis tengah sibuk nak kemaskan rumah serta sibuk deco bilik sis nie haaa....penat woiii..balik dari kerja terus nak kemas bilik..untill now tak habis2 lagi..haiiyaaaa..banyak sangat barang sis pon..hahaha

πŸ’“ So, bila dah settle semua nanti sis kembali aktif okay untuk journal nie..macam biasa la journal nie tak ada yang menarik..cuma perjalanan hidup and rahsia hati sis sahaja..

πŸ’“ I will back soon okay..promise..let me settle my personal things first okay..
Take care..semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah..


- Cik Que -

Wednesday, May 30, 2018

Its Me

❤  Hey..actually dah lama sangat tinggal zaman blog ni..sekarang ni start balik pun sebab terasa apa yang jadi dalam hidup aku buatkan aku tak mampu untuk simpan dalam hati..buatkan aku tak mampu untuk tanggung seorang diri..so aku decide untuk mulakan balik hobi yang dah tersangat lama aku tinggal..yaaa..writting..aku sebernanya suka sangat dengan dunia penulisan..dan aku paling suka menulis diari..haha..dengan zaman teknologi canggih sekarang ni ada lagi ke people yang menulis diari? Mungkin ada tapi dah tak ramai..bagi aku menulis diari adalah kepuasan untuk diri aku dan penulisan akan jadi lebih ikhlas dan bermakna..

❤ Aku pon dah terjebak dengan zaman teknologi..actually aku masih menulis diari tapi diari yang aku tulis ni special sikit berbanding dengan blog aku..blog aku ni..tempat untuk aku express kan luahan hati aku..apa yang aku rasa untuk perkara-perkara yang sangat umum..untuk perkara yang berkaitan dengan diri aku sendiri..Diari pulak khas untuk perjalanan & luahan hati aku terhadap kisah aku dengan dia..

❤ Okay..macam dah jauh sangat merapu ni..entri ni kan tajuk dia " ITS ME" supposed to be kena cerita pasal diri aku la kan..tak ada yang menarik tentang aku..so aku just ringkaskan okay..

Name :- Tun Nur'Ain Syafiqah 'Que' Syairah (jgn tanya kenapa nama aku panjang)
Umur :- 27 
Education : Diploma In Healthcare Management & Bachelor in Healthcare Management
Career : Project Fulfillment Executive at Airstar (M) Sdn Bhd
Location :- Ipoh / Gombak
Hobi :- Food Hunter / Writting / Reading / Travelling / Extreme Sport / Singing

❤  Done..tak perlu nak banyak sangat sebab macam aku cakap tadi tak ada yang menarik tentang diri aku.. I'm just an ordinary girl..


- Cik Que -

Copyright 2018 Reserved to Nukilan Hati Design By Cik Nurfarah