Monday, December 24, 2018

☘️ 2018 ☘️

Bismillahirrahmannirahim

Dalam tidak sedar..Dalam kesibukkan menjalani kehidupan..masa dan hari semakin berada di penamat..Tahun 2018 akan melabuhkan tirai..Perkhidmatan 2018 akan tamat tidak lama lagi..
Wahhh..2018..Its amazing year untuk diri aku..2018 mengajar diri aku banyak perkara..Mengajar diri aku banyak benda..Dan mengubah diri aku tanpa aku sedar..
2018..Terima Kasih untuk semua kenangan indah..Terima Kasih untuk semua kenangan air mata..2018..Kenangan yang indah pasti aku sematkan dalam hati serta ingatan..Kenangan indah akan sentiasa aku ingat dengan penuh senyuman..
2018..Untuk cerita yang tidak baik..Aku simpan kelukaan serta dipahatkan dengan parut yang tak mungkin akan hilang..Segala kesedihan tersimpan rapi sehingga aku menutup mata..Aku tak mampu melupakan..Serta takkan aku lupakan..2018..Terima kasih untuk segala pengajaran..Terima Kasih untuk segala kasih sayang..Terima Kasih untuk segala perubahan..Yang baik akan aku teruskan sehingga akhirnya..Yang buruk akan aku buang sejauhnya..
Untuk pengakhiran 2018..Aku bersyukur pada Allah untuk segalanya..Alhamdulilah untuk segala yang baik..Alhamdulilah untuk segala ujian yang akhirnya membuatkan aku teguh berdiri hingga saat ini..Setiap ujian yang Allah turunkan kerna Allah sayang hambanya..Dan Allah takkan uji hambanya tanpa kemampuan hambanya..Alhamdulilah..Syukur..Terima Kasih Allah..
Untuk mak serta abah..Terima Kasih untuk segalanya..Di saat anakmu jatuh, mak serta abah sentiasa ada di sisi dan doa dari mak serta abah penguat anakmu selamanya..Jasa & pengorbanan mak & abah tak dapat aku balas..Aku akan cuba berikan yang terbaik buat mak & abah..Kepada adik2 tersayang..You always be my love forever..Ayong sayang korang selamanya..
Kawan-kawan yang tersayang..Jutaan Terima Kasih untuk segala kenangan..Segala bantuan..Segala semangat..Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian..Moga ukhuwah nie setia selamanya..
Teristimewa..Yang tersayang..Terima Kasih Allah..hadirkan dia dalam hidup aku..Yang tersayang..Terima Kasih sudi hadir dalam hidup aku..Terima Kasih untuk segala yang kau buat untuk aku..Terima Kasih untuk segala kesabaran kau pada aku..Terima Kasih sentiasa buat aku bahagia..Terima kasih atas usaha untuk membuatkan aku percaya semula tentang bahagia..Hanya kau dan aku tahu kisah kita..Semoga Allah permudahkan jalan bagi kita..Mudah-mudahan kau yang terakhir untuk aku..πŸŒΉπŸ’™
Untuk mereka-mereka yang penting dan aku sayang..Terima Kasih untuk kasih sayang kamu pada aku..Terima Kasih jadi cerita hidup aku untuk 2018..Semoga kasih sayang kamu sentiasa ada untuk aku pada 2019 dan selamanya..
Kasih sayang aku pada kamu semua..Doa aku untuk kamu semua sentiasa ada..Aku sayang kamu semuanya πŸ’•
Thankyou 2018 😘😘😘I’m ready for 2019 😊




-⛄️CikQue⛄️-

Monday, December 17, 2018

☘️ Tiada KEDUA Kali ☘️

Bismillahirrahmannirahim
Bukan tak memaafkan..bukan berdendam..Cuma luka yang ada tak mudah untuk dipulihkan..Luka yang ada tak mudah untuk disembuhkan..Hati yang luka tak mudah dirawat..Segala luka akan ada parut yang kekal..
Dulu..Kau berjanji yang terbaik untuk aku..Dulu..Kau sehabis daya membuat aku bahagia..Dulu..Kau berkata hanya aku di hati kau..Dulu..Kau dengan segala usaha meyakinkan aku semua kasih sayang hanya untuk aku..
Segala cara kau buat untuk dapatkan hati aku..Dan dengan penuh yakin aku percaya dan serahkan segala hati aku pada kau..
Aku terbuai dengan setiap kasih sayang kau..Aku terbuai dengan rasa cinta kau..Sehingga tak ada sedikit keraguan dalam hati aku pada diri kau..
Benar kata orang tua ‘ Manusia yang terlampau sayang manusia akhirnya hubungannya akan hancur’
Aku lupa Allah pemegang setiap hati manusia..Kau hancurkan segalanya..Kau remukkan hati aku sehingga aku sendiri tak mampu perbaiki hati aku..Kau buang aku dari hidup kau macam sampah..Sekelip mata aku tiada nilai dalam hidup kau..
Maruah aku..Kau pijak..Hati aku..Kau hancur seribu..Aku..Terjatuh..Tersungkur..
Jiwa aku kelam..Hidup aku gelap..Emosi aku berkecamuk..Hilang arah..Hilang tujuan..Kau punca semuanya..Tergamaknya kau..KEJAM
Aku bangkit..Cuba bangkit..Perbaiki diri yang tak sempurna..Mencuba menjadi lebih baik bukan mencari yang sempurna..Aku kembali pada yang ESA..Mencari ketenangan pada DIA..Menceritakan segalanya pada DIA..
Tiba satu masa kau kembali bagai tiada apa yang terjadi..Kau kembali bagaikan kau tak pernah melukai..Teguran pertama kau setelah kau pergi bagaikan tiada apa yang terjadi..Hati aku terusik..Jiwa aku bergolak..
Untuk apa kau kembali? Untuk kau permain kedua kalinya? Untuk kau hancurkan segalanya kali kedua?
Kau pilih dia..Kau tinggalkan segalanya tentang kita untuk dia..Kau buang segalanya tentang kita demi dia..Bukan aku tak cuba..Bukan aku tak pertahankan..Kau pilih dia..Jadi pergilah..Walau ada kasih sayang untuk kau..Biar aku simpan sampai aku menutup mata..
Terima kau kali kedua? Tiada dalam rencana aku..Maafkan aku..Jalani hidup kau dengan dia...Biarkan aku dengan hidup aku yang bahagia..






-⛄️CikQue⛄️-

☘️ Teringat ☘️

Bismillahirrahmannirahim
Bila duduk sorang2..pasti teringat...pasti terfikir..Even diri dah berkata..Even hati dah berbicara..You made it..You already move on.. You will be thinking again when the times come..
Teringat tak bermakna diri tak boleh move on..

Teringat tak bermakna diri rindu..
Teringat tak bermakna diri nak kembali..
Kenangan pasti ade..
Kenangan pasti menjelma di minda..
Dengan teringat kau boleh flashback semula segala kenangan pahit manis antara kau dengan dia..Dengan teringat kau akan nampak segala kebaikkan dan keburukkan dalam perhubungan kau dengan dia..Dengan teringat kau akan mula berfikir segala sebab kenapa sesuatu terjadi dalam perhubungan kau dengan dia..Dengan teringat kau mungkin akan nampak dan sedar hikmah yang terjadi di antara kau dengan dia...Dengan teringat kau akan berfikir dan nampak sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kau..Hikmah dan kebaikkan..Segalanya yang terjadi pasti ade sebab dan hikmah..
Lumrah dalam kehidupan kita pasti akan teringat tentang apa yang pernah berlaku dalam kehidupan kita..Cuma jangan terlalu asyik dengan apa yang kau teringat..Sebab ianya dah pun terjadi..Sebab ianya dah pun berlalu..
Dengan teringat nie jadikan ianya penguat..Dengan teringat jadikan ianya semangat untuk kau buat kehidupan kau lebih baik..Dengan teringat kau bangun dan hargai untuk setiap perkara yang baik dan manis yang datang dalam kehidupan kau..Dengan teringat kau amik segala pahit sebagai pengajaran untuk kau lebih berhati2 dan berwaspada..
Kehidupan perlu diteruskan..Kutip dan simpan segala yang berlaku dalam kehidupan dan simpan serta jadikan satu cerita yang hebat untuk diri kau..






-⛄️CikQue⛄️-
Copyright 2018 Reserved to Nukilan Hati Design By Cik Nurfarah