Thursday, September 13, 2018

☘️ Pencarian ☘️


Bismillahirrahmannirahim

Hati ini berat untuk mengatakan..
Tapi diri ini tak mampu untuk meneruskan..
Perjuangan yang tiada kesudahan..

Kadang-kadang terasa ingin meneruskan kerana masih ada perasaan..
Kadang-Kadang terasa ingin menamatkan kerana rasa tiada pengakhiran..

Hati berbelah bagi..Minda langsung tak berfungsi..
Di ketika ini diri hanya melangkah dengan apa yang diberi..
Diri menghayunkan kaki yang tidak seiringan dengan hati dan juga persepsi..

Masih lagi tidak pasti..untuk meneruskan atau menamatkan..
kerana hati masih mengharapkan..
sebuah pengharapan yang tiada kepastian..
tiada kesudahan..

Pada DIA diri ini melepaskan..
pada DIA diri ini meluahkan..pada DIA diri berserah..
semoga bertemu jawapan..semoga bertemu pencarian..





- Cik Que -
Copyright 2018 Reserved to Nukilan Hati Design By Cik Nurfarah