Monday, November 19, 2018

☘️ Dahulu ☘️

Bismillahirrahmannirahim
Aku pernah meletakkan seseorang sangat tinggi dalam hidup aku..Aku pernah sayang seseorang melebihi sayang aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku pernah meletakkan cinta aku pada seseorang melebihi cinta aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku pernah menghambakan hati aku pada seseorang melebihi hamba aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku hampir memberikan kesemua hidup aku pada seseorang melebihi hidup aku pada DIA dan juga keluargaku..Pernah hidup aku..Hati aku..Sayang aku..Cinta aku dan kesemua milik aku..Aku serahkan pada seseorang..Sehingga aku lupa pada DIA dan juga keluargaku..Sehingga tiada satu pun yang tinggal untuk diri aku..
DIA Maha Berkuasa..DIA Maha Penyanyang..
Setelah hampir 5 tahun aku dihanyutkan..Dibuai dengan perasaan dan cerita cinta yang indah..Dan akhirnya..Di saat impian hampir menjadi kenyataan..DIA hadirkan aku dengan sesuatu yang tak pernah aku terfikir..Yang tak pernah aku duga..DIA tamatkan kisah cinta indah aku dengan cara yang paling aku tak sangka..
Setelah hampir 5 tahun..Dan akhirnya DIA mendengar doa aku..Dimana aku tak pernah terfikir..Tak pernah sangka Dia makbulkan doa aku setelah sekian lama.. 
Begitu agungnya seseorang itu dalam hidup aku..Begitu besarnya kasih sayang serta cinta aku pada seseorang itu sehingga aku sentiasa berdoa pada DIA..
"Ya ALLAH..Jika dia adalah jodoh yang ditakdirkan untuk aku..Jika dia yang terbaik untuk aku..Engkau permudahkanla segala urusan..Engkau permudahkanla jalan bagi kami untu kami menghalalkan perhubungan kami..Engkau peliharalah perhubungan kami sehingga ke Jannatul FirdausMU..Engkau tetap dan utuhkanla perasaan kami di antara satu sama lain.." 
“ Ya Allah..Jika dia bukan jodoh aku..Engkau jauhkan kami dengan cara yang paling baik..Engkau jauhkan kami dengan cara bukan aku yang menyakiti dia..Sesungguhnya Ya Allah..Aku tak sanggup untuk melihat dia disakiti dan kecewa..Amin"
DIA Maha Mendengar..Dia Maha Memakbulkan..DIA makbulkan doa hambanya..Di saat diri ini tak bersedia..  Di ketika itu aku terjatuh ke dalam jurang yang sangat dalam..Sehingga aku tak dapat melihat jalan  keluar..Aku dibuang seperti sampah..Keluarga aku diluka tanpa tahu ape sebabnya..Oleh seseorang yang aku agungkan..πŸ’”
Hilang arah hidup..
Hilang segalnya..
Hancur segalanya..
Di saat itu aku mula sedar..
Hati manusia DIA yang pegang..
Di saat itu aku mula sedar..
Manusia takkan sentiasa ada nilai di mata manusia selain di mata DIA..
Suatu saat nilai manusia akan hilang dan tiada harga di mata manusia..

Di saat itu aku mula sedar..
Segala kegembiraan dan keindahan di aats muka bumi ini dan dalam kehidupan kita hanya sekadar pinjaman untuk kita daripada DIA..
Tiada yang KEKAL melainkan DIA yang KEKAL..
Sekelip mata kegembiraan dan keindahan yang kita ada akan ditarik balik tanpa kita sedar..

Di saat itu aku mula sedar..
Jangan mencintai manusia melebihi cinta kita pada DIA..
Kelukaan ini akan aku simpan..Akan aku ingat sampai aku menutup mata..Tiada niat menyimpan dendam..Sehingga ke saat ini tiada rasa marah dalam hati untuk untuk seseorang itu..Aku manusia biasa..Yang ada cuma kekecewaan dan kelukaan yang diri dan hati ini tidak dapat tanggung sehingga ke saat ini..Kelukaan dan kekecewaan yang akan tersemat dalam ingatan sehingga hujung nyawa..
Terima Kasih Allah kerana masih menyanyangi aku..Kehilangan ini adalah bukti kasih sayang MU pada hambaMU..
Untuk seseorang itu doa masih ada untuk kamu..Terima kasih untuk pengajaran yang tak ternilai ini..Semoga suatu hari nanti ada kesedaran dalam hati dan diri kamu tentang cerita kita..Tentang kemaafan untuk kamu masih tidak dapat aku berikan kerana masih ada kelukaan dalam hati keluarga aku..Dalam hati orang tua aku tentang apa yang kamu lakukan..Maafkan aku kerana tiada kemaafan untuk kamu.. 
-⛄️CikQue⛄️-

Wednesday, November 7, 2018

☘️ Takdir ☘️


 Bismillahirrahmannirahim

Dalam kehidupan kita memang dah tertulis takdir masing-masing..Dan takdir kita telah ditetapkan oleh Allah sejak kita bermula dari seketul daging sehingga sempurna menjadi manusia takdir kita memang sudah ditetapkan..
Kita kena jalani hidup kita yang dah disusun sangat indah dari Allah dengan penuh warna warni untuk mencantikkan lagi kehidupan kita..So..warna-warna yang kita warnakan  inilah yang akan tentukan setiap apa yang kta pilih dan lakarkan setiap kejadian dalam hidup kita...Warna-warna ini adalah keputusan dan tindak tanduk kita dalam kehidupan kita..
Dan untuk itu..kadang-kadang ada manusia yang menyalah gunakan perkataan takdir untuk setiap kesalahan yang dia lakukan..Ayat nie boleh timbulkan salah faham sebenarnya jika tak dimengerti dan difahami dengan baik..Setiap apa yang jadi dalam hidup kita semuanya dah diatur..Percaturan yang indah dan setiap kehidupan akan ada pilihan..sama ada baik atau buruk..
Kita manusia kena bijak untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan dalam hidup kita yang akhirnya kita akan lalui akibat dari keputusan kita sehingga kita menutup mata..Dan dari situ wujudnya takdir..Di mana boleh menjadi baik or tidak baik.. 
Sebagai contoh..contoh yang paling senang is relationship..Yang sering jadi dalam hidup manusia..If relationship yang kita bakal pilih nanti akan melukakan hati seseorang..menghancurkan hidup seseorang..Kenapa kita masih nak teruskan? Kita diberi pilihan teruskan or hentikan..
Di sini manusia kalah dengan permainan hati..Akal fikiran kalah dengan permintaan hati..If kita pilih untuk teruskan that relationship akan  bermula takdir kehidupan kita yang agak sedikit comot..Di mana..Tak semua manusia faham dengan keputusan kita..Tak semua manusia setuju dengan keputusan kita..Akan ada suara-suara yang negatif..Ada juga yang memahami dan menyokong dengan keputusan kita..
Dari keputusan ini kehidupan kita akan di uji..Dan disebabkan keputusan ini ada manusia yang mempermainkn perkataan ‘ Takdir’.. “ Dah takdir aku Allah temukan aku dengan dia..aku redha” Ya betul..Takdir yang membawa kita ke jalan itu..Tapi jangan sepenuhnya menyalahkan takdir andai kita boleh membuat pilihan yang sebaiknya or sebaliknya..
Kita ada akal yang waras untuk kita berfikir setiap kebaikkan dan keburukkan dalam setiap keputusan kita..If pilihan kita untuk tamatkan perhubungan itu..Takdir kita akan berbeza..kita akan dilayani dengan kekecewaan and kesedihan..Takdir kita mungkin tak seindah yang lain..Dan takdir akan menemukan kita dengan seseorang yang lain..Faham kan..
Dekat sini cuma nak beritahu..Jangan salah ertikan Takdir..Setiap apa yang datang dalam kehidupan kita..Kita akan sentiasa ade penyelesaian dan pilihan..Pilihan dan penyelesaian kita itulah yang akan tentukan takdir hidup kita..Sama ada hitam atau putih..
Jangan lupa..Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita pasti ade Hikmahnya..Ikhlaskan hati..Redha dengan semuanya..InsyaaAllah..ketenangan milik kita..Jika kita membuat kesilapan mohon keampunan dari Allah..Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang..Jika kita membuat kesilapan sesama manusia..Segera memohon maaf pada manusia..
Jika kehidupan kita sentiasa ingat pada Allah..insyaAllah akan ada kebahagian dalam hidup kita..Allah tidak pernah lupa pada hambanya..Takdir kita memang telah ditetapkan sejak azali..Pilihan kita yang mencorakkan hidup kita..Whether is baik dan buruk..Pilihan kita yang menentukan sama ada perjalanan hidup kita berada di landasan yg lurus ke arah takdir kita or membawa kita ke landasan yang penuh halangan untuk sampai ke takdir kita..




- Cik Que -
Copyright 2018 Reserved to Nukilan Hati Design By Cik Nurfarah