Friday, July 19, 2019

🌸 FAITH 🌸

Bismillahirrahmannirahim

Banyak mana pun dosa yg kita buat, remember that Allah Maha Pengampun. Dont lose faith.Jangan fikir kita tak layak bertaubat sebab dosa banyak. Biar la org nak cakap apa pun about our past. Allah SWT doesnt judge you based on your past πŸ˜‡

Solat and doa is the best armor against all trials. In Syaa Allah.

Tak Pasti..Ragu-ragu..Risau
Nie yang ada dalam kepala..
Nie perasaan yang bermain di hati..

Drastic? Aku sendiri masih dalam keadaan tak pasti dan terkejut...
Lama diri aku ambil masa untuk berfikir..
Untuk persiapkan diri dan hati..

Persiapkan untuk apa?
Haha..Untuk dunia dan juga diri sendiri..
Dunia di mana aku kena hadap dengan...
Persepsi manusia yang akan menghakimi tanpa usul periksa..
Di mana akan wujudnya kata-kata yang takkan sedap untuk aku dengar..
Yang boleh membuatkan aku jatuh dan lemah..
Itulah dunia..
Diri sendiri di mana akan ada turun naiknya iman..
Di mana akan ada pelbagai emosi yang aku kena hadap..

Di sini aku ingin memberitahu bukan untuk menunjuk..
Tapi aku perlukan sokongan kerana aku baru mulakan langkah..
Aku perlukan doa kalian semua..

Mungkin Allah dengar doa mak abah..
Mungkin Allah dengar doa aku..
Mungkin Allah dengar doa dia..

Mungkin ini tanda Kasih Sayang Allah pada aku hamba yang hina..
Mungkin ini ujian untuk melihat sejauh mana ketabahan aku terhadap perubahan ini..
Mungkin sudah sampai waktu aku untuk mulakan perubahan ini..

Aku sendiri tiada jawapan kenapa ianya sekarang..
Allah dah tetapkan sekarang..
Dan aku percaya pada ketetapan Allah..
Allah sebaik-baik perancang dan peracangan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya..

Alhamdulilah..Syukur..Terima Kasih Allah..
Semoga segala yang baik berkekalan..
Semoga segalanya dipermudahkan..
Doa yang baik-baik..Insyaallah segalanya baik-baik..

-⛄️CikQue⛄️-

Friday, July 12, 2019

🌸 BERUBAH 🌸


Bismillahirrahmannirahim

Susah untuk sentiasa husnuzon..
Susah untuk terus beristiqomah..
Indah dan beruntung jika kau ada kedua-duanya..
Sedangkan yang lain berusaha keras untuk capai keduanya..

Selagi namanya manusia..
Akan sentiasa leka dan berdosa..
Namun kita ada DIA..
Yang sentiasa akan menerima taubat kita..

Teruskan la usahamu untuk capai husnuzon & istiqomah mu..
Moga kita kuat dalam mencari redhaNya..
Moga kita semua memiliki pengakhiran yang baik..

Istiqamah serta husnuzon bukanla tidak melakukan kesilapan..
Manusia tiada yang sempurna..
Ianya sesuatu yang baik serta berterusan even berapa kali tersasar & jatuh..
Tapi tetap bangun & bangun untuk capai tujuan serta niat asal..

Pegang niat di hati..Lakukan serta niatkan kerana Allah..
Insyaallah..Dengan izin-Nya segalanya dipermudahkan..

Teruskanla berdoa..Kekalkan kebaikkan..Mantapkan Iman..


-⛄️CikQue⛄️-
Copyright 2018 Reserved to Nukilan Hati Design By Cik Nurfarah