Bismillahirrahmannirahim
Aku pernah meletakkan seseorang sangat tinggi dalam hidup aku..Aku pernah sayang seseorang melebihi sayang aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku pernah meletakkan cinta aku pada seseorang melebihi cinta aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku pernah menghambakan hati aku pada seseorang melebihi hamba aku pada DIA dan juga keluargaku..Aku hampir memberikan kesemua hidup aku pada seseorang melebihi hidup aku pada DIA dan juga keluargaku..Pernah hidup aku..Hati aku..Sayang aku..Cinta aku dan kesemua milik aku..Aku serahkan pada seseorang..Sehingga aku lupa pada DIA dan juga keluargaku..Sehingga tiada satu pun yang tinggal untuk diri aku..
DIA Maha Berkuasa..DIA Maha Penyanyang..
Setelah hampir 5 tahun aku dihanyutkan..Dibuai dengan perasaan dan cerita cinta yang indah..Dan akhirnya..Di saat impian hampir menjadi kenyataan..DIA hadirkan aku dengan sesuatu yang tak pernah aku terfikir..Yang tak pernah aku duga..DIA tamatkan kisah cinta indah aku dengan cara yang paling aku tak sangka..
Setelah hampir 5 tahun..Dan akhirnya DIA mendengar doa aku..Dimana aku tak pernah terfikir..Tak pernah sangka Dia makbulkan doa aku setelah sekian lama..
Begitu agungnya seseorang itu dalam hidup aku..Begitu besarnya kasih sayang serta cinta aku pada seseorang itu sehingga aku sentiasa berdoa pada DIA..
"Ya ALLAH..Jika dia adalah jodoh yang ditakdirkan untuk aku..Jika dia yang terbaik untuk aku..Engkau permudahkanla segala urusan..Engkau permudahkanla jalan bagi kami untu kami menghalalkan perhubungan kami..Engkau peliharalah perhubungan kami sehingga ke Jannatul FirdausMU..Engkau tetap dan utuhkanla perasaan kami di antara satu sama lain.."
“ Ya Allah..Jika dia bukan jodoh aku..Engkau jauhkan kami dengan cara yang paling baik..Engkau jauhkan kami dengan cara bukan aku yang menyakiti dia..Sesungguhnya Ya Allah..Aku tak sanggup untuk melihat dia disakiti dan kecewa..Amin"
DIA Maha Mendengar..Dia Maha Memakbulkan..DIA makbulkan doa hambanya..Di saat diri ini tak bersedia.. Di ketika itu aku terjatuh ke dalam jurang yang sangat dalam..Sehingga aku tak dapat melihat jalan keluar..Aku dibuang seperti sampah..Keluarga aku diluka tanpa tahu ape sebabnya..Oleh seseorang yang aku agungkan..💔
Hilang arah hidup..
Hilang segalnya..
Hancur segalanya..
Di saat itu aku mula sedar..
Hati manusia DIA yang pegang..
Di saat itu aku mula sedar..
Manusia takkan sentiasa ada nilai di mata manusia selain di mata DIA..
Suatu saat nilai manusia akan hilang dan tiada harga di mata manusia..
Di saat itu aku mula sedar..
Segala kegembiraan dan keindahan di aats muka bumi ini dan dalam kehidupan kita hanya sekadar pinjaman untuk kita daripada DIA..
Tiada yang KEKAL melainkan DIA yang KEKAL..
Sekelip mata kegembiraan dan keindahan yang kita ada akan ditarik balik tanpa kita sedar..
Di saat itu aku mula sedar..
Jangan mencintai manusia melebihi cinta kita pada DIA..
Kelukaan ini akan aku simpan..Akan aku ingat sampai aku menutup mata..Tiada niat menyimpan dendam..Sehingga ke saat ini tiada rasa marah dalam hati untuk untuk seseorang itu..Aku manusia biasa..Yang ada cuma kekecewaan dan kelukaan yang diri dan hati ini tidak dapat tanggung sehingga ke saat ini..Kelukaan dan kekecewaan yang akan tersemat dalam ingatan sehingga hujung nyawa..
Terima Kasih Allah kerana masih menyanyangi aku..Kehilangan ini adalah bukti kasih sayang MU pada hambaMU..
Untuk seseorang itu doa masih ada untuk kamu..Terima kasih untuk pengajaran yang tak ternilai ini..Semoga suatu hari nanti ada kesedaran dalam hati dan diri kamu tentang cerita kita..Tentang kemaafan untuk kamu masih tidak dapat aku berikan kerana masih ada kelukaan dalam hati keluarga aku..Dalam hati orang tua aku tentang apa yang kamu lakukan..Maafkan aku kerana tiada kemaafan untuk kamu..-⛄️CikQue⛄️-