Bismillahirrahmannirahim
Banyak mana pun dosa yg kita buat, remember that Allah
Maha Pengampun. Dont lose faith.Jangan fikir kita tak layak bertaubat sebab
dosa banyak. Biar la org nak cakap apa pun about our past. Allah SWT doesnt
judge you based on your past 😇
Solat and doa is the best armor against all trials. In
Syaa Allah.
Tak Pasti..Ragu-ragu..Risau
Nie yang ada dalam kepala..
Nie perasaan yang bermain di hati..
Drastic? Aku sendiri masih dalam keadaan tak pasti dan
terkejut...
Lama diri aku ambil masa untuk berfikir..
Untuk persiapkan
diri dan hati..
Persiapkan untuk apa?
Haha..Untuk dunia dan juga diri sendiri..
Dunia di mana aku kena hadap dengan...
Persepsi manusia yang akan menghakimi tanpa usul
periksa..
Di mana akan wujudnya kata-kata yang takkan sedap untuk aku dengar..
Yang boleh membuatkan aku jatuh dan lemah..
Itulah dunia..
Diri sendiri di mana akan ada turun naiknya iman..
Di mana akan ada pelbagai emosi yang aku kena hadap..
Di sini aku ingin memberitahu bukan untuk menunjuk..
Tapi aku perlukan sokongan kerana aku baru mulakan
langkah..
Aku perlukan doa kalian semua..
Mungkin Allah dengar doa mak abah..
Mungkin Allah dengar doa aku..
Mungkin Allah dengar doa dia..
Mungkin ini tanda Kasih Sayang Allah pada aku hamba yang
hina..
Mungkin ini ujian untuk melihat sejauh mana ketabahan aku
terhadap perubahan ini..
Mungkin sudah sampai waktu aku untuk mulakan perubahan
ini..
Aku sendiri tiada jawapan kenapa ianya sekarang..
Allah dah tetapkan sekarang..
Dan aku percaya pada ketetapan Allah..
Allah sebaik-baik perancang dan peracangan Allah adalah
yang terbaik untuk hambanya..
Alhamdulilah..Syukur..Terima Kasih Allah..
Semoga segala yang baik berkekalan..
Semoga segalanya
dipermudahkan..
Doa yang baik-baik..Insyaallah segalanya baik-baik..
-⛄️CikQue⛄️-