Friday, July 12, 2019

🌸 BERUBAH 🌸


Bismillahirrahmannirahim

Susah untuk sentiasa husnuzon..
Susah untuk terus beristiqomah..
Indah dan beruntung jika kau ada kedua-duanya..
Sedangkan yang lain berusaha keras untuk capai keduanya..

Selagi namanya manusia..
Akan sentiasa leka dan berdosa..
Namun kita ada DIA..
Yang sentiasa akan menerima taubat kita..

Teruskan la usahamu untuk capai husnuzon & istiqomah mu..
Moga kita kuat dalam mencari redhaNya..
Moga kita semua memiliki pengakhiran yang baik..

Istiqamah serta husnuzon bukanla tidak melakukan kesilapan..
Manusia tiada yang sempurna..
Ianya sesuatu yang baik serta berterusan even berapa kali tersasar & jatuh..
Tapi tetap bangun & bangun untuk capai tujuan serta niat asal..

Pegang niat di hati..Lakukan serta niatkan kerana Allah..
Insyaallah..Dengan izin-Nya segalanya dipermudahkan..

Teruskanla berdoa..Kekalkan kebaikkan..Mantapkan Iman..


-⛄️CikQue⛄️-

No comments:

Post a Comment

Copyright 2018 Reserved to Nukilan Hati Design By Cik Nurfarah